What U Giv U Get Back

Ape tujuan kau membela ayam sebenarnya ? Pada aku memang dari dulu aku minat bela ayam laga tapi dah duduk dekat base TLDM, mana ade kawasan da haha rumah flat sumenya. Bila dah tinggal kat kampung, So Its begin. Paling syok bila tgk ayam berlaga huhu, tapi aku restrict sikit bab perjudian ni. Perkataan Judi ni takde dalam kamus hidup aku. Tapi aku still pastikan ayam yang diternak akan menghasilkan ayam yg diingini huhu. Ape ape hal pun memang cakap dari sume otai, BAKA paling penting. Baka betina memang susah dapat Tapi baka betina lak mesti kena ngam dgn baka jantan baru anak yg turun menjadi. Jadi berbalik kepada tajuk yang menjadi persoalan kita disini ialah kalau kita bela kerana ingin menjadi breeder, dapat lah kita jadi breeder dan kalau nak jadi penjual, dapatla jadi penjual. So terpulang kepada pembela ayam laga itu sendiri. Bagi aku penjagaan ayam ni memang unik dan memerlukan konsistensi didalam menjaganya, dari segi pemakanan, reban dan paling penting kena jaga "cross breed" kerana ni lah punca kualiti ternakan menurun atau meningkat. Contoh ayam bapak TAK BOLEH kasi tenggek anak bakanya yang betina. Begitu juga ayam ibu TAK BOLEH kasi tenggek dengan anak bakanya yang jantan lak. Paling recomended ade pelbagai variasi induk ayam jantan n betina. Paling mudah untuk control ialah dengan menukar induk jantan sahaja. Dan baka kat reban aku lak rasanya nak kena QC( quality control) lebih ketat & itu bermakna ayam yg dah konfirm dikenal pasti baka sahaja akan stay, yg selebihnya kena potong la buat bbq. akan tetapi dalam banyak banyak induk tu ade induk ciptaan dari baka generasi 1st. Thats we call bloodline limit hehe. Ape ape hal pun jgn jual anak ayam sebab nak jaga anak ayam sampai besar bukan senang. Dah tentu nak kena tgk ayam tu membesar, baru leh tahu induk yg kita gunakan baik ker tak. Dalam proses membela ayam ni, dah la newbie tapi degil haha, banyak otai dah cakap baka penting. Aku lak masa tu belum kenal lagi ayam siam ni, asal boleh jer. last last dari 10 ekor anak ayam jantan bila dah besar sekor jer jadi ayam siam tulin huhu memang tension sebab yang lain berkacuk dengan ayam kampung sebab ade ayam kampung betina datang n mengeram kat reban. Yang pelik ayam kampung kalau mengeram mesti menjadi. Tapi aku tak suka sebab nanti akan kacau baka jugak, akhirnya setelah jauhari mengenal manikam, keputusan drastic terus diambil lalu aku telepon cina yg nak beli ayam haha aku letgo sume ayam termasuk anak skali sampai tinggal induk ayam siam jer. Kasi pupus terus ayam kacuk n kampung ni. pastu baru puas hati tapi skarang ni dah pening kepala induk dah berlambak. So akan datang kena kasi potong sama dia. Nak tinggalkan induk yang tua sahaja n yg cantik mata memandang la. Dan dalam masa yang sama lak, ayah aku nak bela skali ayam kampung kacuk yg beli kat kedai tu. ayam tu memang kuat makan dedak kasar jer. Tapi satu jer yg problem ayam kampung kacuk yg beli kat kedai ni, time bertelur dia pi masuk jer mana mana sarang ayam. kesudahan yang sama iaitu telur banyak tak jadi. tapi ayam kampung kacuk yg beli kat kedai pun dah clear masa adik pompuan aku kawin haha. SO start dari tu aku mulakan pencarian baka ayam laga ni tapi takde la jauh sampai thailand tu, buat ape pergi jauh jauh, dah ramai breeder yg bawa masuk ayam baik baik. Jadi aku pergi cari ayam kat otai otai yang aktif berlaga ni. Jadi dapatlah baka terbaik dari thailand jugak tu. Tentang permainan ayam yg dibeli, terpulang kepada kita untuk turun baka dengan pasangan yang sesuai. Yang penting sebenarnya citarasa kita sendiri tentang pemilihan ayam. Contohnya permainan ayam yang kita inginkan, bentuk, warna dan sebagainya. Dalam situasi ayam yg kita beli, ade juga ayam betina yg makan telur, ni memang hampeh, terkena aku tapi takpe ayam betina jenis makan telur memang confirm kena potong. Memang rugi rasanya bila kena potong ayam yg kita beli tapi konfirm memang tak beli dekat orang tu dah. sekali cukup, melainkan dia dah kasi tahu awal awal ok la jugak. Setakat ni ayam aku takde la sampai makan telur, cuma yang tahu mengeram tapi tak tahu nak kluar sarang ade la. Ni pun problem gak sebab sampai sume anak dia mati kena pijak. To be continue...

Thursday, October 16, 2014

Ni lagi 4 ekor bujang yg lepas. sekor lagi bujang bauk ade dalam gambar sebelum ni. Dan terkini 5 ekor bujang dah kena tangkap kecuali sekor jer


ayam yang sebelah bawah dah SOLD OUT

ni pun SOLD OUT
ayam bujang yg ni jer terlepas dari kena tangkap semalam. Yang lain sume dah kena kurung walaupun bekas minum air takde huhu. Smalam dah la gelap jadi ana dah bernazar ayam bujang mana satu yg terlepas tu boleh buat bapak tapi tak tahu la ayam yg mana satu . Sekali ayam bujang yg ni rupanya. Tapi tu tak kisahlah. Yang aku risau dia berlaga dengan ayam bapak tapi apekan daya, aku nak pergi keja dah. lantak ko lah kalau nak berlaga.


4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. AGEN VAZBETGAME - Tembak Ikan Online | Slot Joker Online

    *Bonus Member Baru 10% - 20%
    *Bonus Next Deposit 5% / Hari
    *Bonus Cashback 10% / Minggu
    *Bonus Referral 2% / Minggu

    Ayo Daftar ! Dapatkan Bonus Menarik Lainnya ~
    WA: +855 878 795 20

    Domain:
    WWW,VAZBET,IN
    WWW,VAZBETGAME,COM

    ReplyDelete
  4. modal kecil untung besar ratusan juta setiap hari main di situs resmi terpercaya MENANGQQ

    ReplyDelete