What U Giv U Get Back

Ape tujuan kau membela ayam sebenarnya ? Pada aku memang dari dulu aku minat bela ayam laga tapi dah duduk dekat base TLDM, mana ade kawasan da haha rumah flat sumenya. Bila dah tinggal kat kampung, So Its begin. Paling syok bila tgk ayam berlaga huhu, tapi aku restrict sikit bab perjudian ni. Perkataan Judi ni takde dalam kamus hidup aku. Tapi aku still pastikan ayam yang diternak akan menghasilkan ayam yg diingini huhu. Ape ape hal pun memang cakap dari sume otai, BAKA paling penting. Baka betina memang susah dapat Tapi baka betina lak mesti kena ngam dgn baka jantan baru anak yg turun menjadi. Jadi berbalik kepada tajuk yang menjadi persoalan kita disini ialah kalau kita bela kerana ingin menjadi breeder, dapat lah kita jadi breeder dan kalau nak jadi penjual, dapatla jadi penjual. So terpulang kepada pembela ayam laga itu sendiri. Bagi aku penjagaan ayam ni memang unik dan memerlukan konsistensi didalam menjaganya, dari segi pemakanan, reban dan paling penting kena jaga "cross breed" kerana ni lah punca kualiti ternakan menurun atau meningkat. Contoh ayam bapak TAK BOLEH kasi tenggek anak bakanya yang betina. Begitu juga ayam ibu TAK BOLEH kasi tenggek dengan anak bakanya yang jantan lak. Paling recomended ade pelbagai variasi induk ayam jantan n betina. Paling mudah untuk control ialah dengan menukar induk jantan sahaja. Dan baka kat reban aku lak rasanya nak kena QC( quality control) lebih ketat & itu bermakna ayam yg dah konfirm dikenal pasti baka sahaja akan stay, yg selebihnya kena potong la buat bbq. akan tetapi dalam banyak banyak induk tu ade induk ciptaan dari baka generasi 1st. Thats we call bloodline limit hehe. Ape ape hal pun jgn jual anak ayam sebab nak jaga anak ayam sampai besar bukan senang. Dah tentu nak kena tgk ayam tu membesar, baru leh tahu induk yg kita gunakan baik ker tak. Dalam proses membela ayam ni, dah la newbie tapi degil haha, banyak otai dah cakap baka penting. Aku lak masa tu belum kenal lagi ayam siam ni, asal boleh jer. last last dari 10 ekor anak ayam jantan bila dah besar sekor jer jadi ayam siam tulin huhu memang tension sebab yang lain berkacuk dengan ayam kampung sebab ade ayam kampung betina datang n mengeram kat reban. Yang pelik ayam kampung kalau mengeram mesti menjadi. Tapi aku tak suka sebab nanti akan kacau baka jugak, akhirnya setelah jauhari mengenal manikam, keputusan drastic terus diambil lalu aku telepon cina yg nak beli ayam haha aku letgo sume ayam termasuk anak skali sampai tinggal induk ayam siam jer. Kasi pupus terus ayam kacuk n kampung ni. pastu baru puas hati tapi skarang ni dah pening kepala induk dah berlambak. So akan datang kena kasi potong sama dia. Nak tinggalkan induk yang tua sahaja n yg cantik mata memandang la. Dan dalam masa yang sama lak, ayah aku nak bela skali ayam kampung kacuk yg beli kat kedai tu. ayam tu memang kuat makan dedak kasar jer. Tapi satu jer yg problem ayam kampung kacuk yg beli kat kedai ni, time bertelur dia pi masuk jer mana mana sarang ayam. kesudahan yang sama iaitu telur banyak tak jadi. tapi ayam kampung kacuk yg beli kat kedai pun dah clear masa adik pompuan aku kawin haha. SO start dari tu aku mulakan pencarian baka ayam laga ni tapi takde la jauh sampai thailand tu, buat ape pergi jauh jauh, dah ramai breeder yg bawa masuk ayam baik baik. Jadi aku pergi cari ayam kat otai otai yang aktif berlaga ni. Jadi dapatlah baka terbaik dari thailand jugak tu. Tentang permainan ayam yg dibeli, terpulang kepada kita untuk turun baka dengan pasangan yang sesuai. Yang penting sebenarnya citarasa kita sendiri tentang pemilihan ayam. Contohnya permainan ayam yang kita inginkan, bentuk, warna dan sebagainya. Dalam situasi ayam yg kita beli, ade juga ayam betina yg makan telur, ni memang hampeh, terkena aku tapi takpe ayam betina jenis makan telur memang confirm kena potong. Memang rugi rasanya bila kena potong ayam yg kita beli tapi konfirm memang tak beli dekat orang tu dah. sekali cukup, melainkan dia dah kasi tahu awal awal ok la jugak. Setakat ni ayam aku takde la sampai makan telur, cuma yang tahu mengeram tapi tak tahu nak kluar sarang ade la. Ni pun problem gak sebab sampai sume anak dia mati kena pijak. To be continue...

Thursday, October 16, 2014

Ni lagi 4 ekor bujang yg lepas. sekor lagi bujang bauk ade dalam gambar sebelum ni. Dan terkini 5 ekor bujang dah kena tangkap kecuali sekor jer


ayam yang sebelah bawah dah SOLD OUT

ni pun SOLD OUT
ayam bujang yg ni jer terlepas dari kena tangkap semalam. Yang lain sume dah kena kurung walaupun bekas minum air takde huhu. Smalam dah la gelap jadi ana dah bernazar ayam bujang mana satu yg terlepas tu boleh buat bapak tapi tak tahu la ayam yg mana satu . Sekali ayam bujang yg ni rupanya. Tapi tu tak kisahlah. Yang aku risau dia berlaga dengan ayam bapak tapi apekan daya, aku nak pergi keja dah. lantak ko lah kalau nak berlaga.


Wednesday, September 17, 2014

Latest 18/9/2014



Ni otai kat luar reban sebab 2 ekor bapak lagi kena kurung dgn betina. kiranya ayam kat luar semua 6 ekor bujang. sahaja yang lepas bebas. ayam dara pun takde T..T Asalnya ade ayam dara 2 ekor tapi anjing dah selesaikan. Anjing ni pun satu hal sebab dia cari yg betina jer. Tu pasal ayam bapak n betina semua kurung. Skarang ni tunggu pagar siap jer :) Ayam bujang ni sekor jer taji warna hitam sebelah, balong dah lepas mata dan terduduk lak tu, belum tgk urat mata lagi awesome :P    SOLD OUT

Tuesday, May 6, 2014

Latest 6/5/2014



hasil pertama dari camera aku haha. boleh la lagipun camera hp pun tak setting lagi.

Saturday, April 19, 2014

Ni gambar terbaru

bujang liar

hijau merah

bauk SOLD OUT

eche jr1 (dah buat bapak)

bpk gelang DEAD

sitam jr1 (dah buat bapak) DEAD

gambar lagi baru incoming. boleh dikatakan semua tak suka bergambar da. gambar bapak rintik tak dapat amik sebab lepas n liar. akan dikurung dalam masa terdekat dan ade 3 ekor bujang lagi tak amik gambar. cukup tak puas hati dgn gambar yg aku amik ni haha. ni gara bujang liar la dah berkiok nak amik gambar, kesudahannya semua ayam jadi takut nak bergambar. isk isk

Saturday, July 13, 2013

Terkini

Ni ha bapak rintik yg baru tiba kat reban. Asalnya ayam ni memang lahir kat reban den jugak. Cuma kasi pinjam jer. Gambar ni gambar lama da haha. Gambar baru akan diusahakan. Sume gambar ayam akan aku amik nanti. Sekarang nampak tak sebab ape ni calon pengganti bapak :P Bloodline mesti pure



ni ibunya


ni bapaknya